Cara Mula Bisnes Borong Pakaian dari China — Panduan Lengkap untuk Pemula di Sarawak
Dikemas kini 2026-09-28 · Kos sebenar, bukan anggaran · Semua kadar disahkan bertulis sebelum bayar
Banyak pemilik kedai pakaian di Sarawak yang mahu mula borong terus dari China tetapi tidak tahu cara mula. Panduan ini covers semua langkah dari cari pembekal sampai barang sampai kedai anda, dengan angka sebenar bukan anggaran kasar.
1. Kenapa borong dari China?
Perbezaan harga paling jelas: satu helai dress di kedai borong Malaysia biasanya RM 15–40. Dress yang sama dari kilang China melalui 1688 kos RM 8–20, tambah freight laut kira-kira RM 1 sekeping — jadi kos landed lebih murah 30–50%. Selain itu, anda boleh pilih design sendiri, bukan terpaksa ambil stok apa yang pembekal tempatan ada.
2. Cari pembekal yang boleh dipercayai
Tiga platform paling selamat untuk pemula:
- Taobao — paling mudah, banyak pembekal ambil pesanan kecil (1–2 keping pun boleh untuk mixed style).
- 1688 — harga lebih murah dari Taobao ( wholesaler platform), tapi biasanya perlukan MOQ lebih tinggi (30–100 keping per design).
- Pinduoduo / JD — alternatif, tapi kurang lazim untuk wholesale fashion.
Tiga perkara yang perlu anda semak sebelum bayar:
- Gambar produk sebenar (bukan render 3D). Kalau ragu-ragu, minta kami buat inspection berbayar dari RM 5 (1 gambar) hingga RM 40 (function test + video 15 saat).
- Respons pantas — pembekal yang lambat jawab selalunya lambat hantar juga.
- Terima MOQ kecil — untuk test market, mula dengan 30–50 keping pelbagai design, bukan 500 keping satu design.
Amaran: Jangan pernah transfer wang terus ke akaun bank pembekal di luar platform. Bayar melalui Taobao/1688 supaya ada perlindungan pembeli — jika barang tidak sampai, anda boleh buka dispute dan dapat balik duit.
3. Kira kos keseluruhan (contoh sebenar)
Katakan anda nak borong 450 helai dress untuk kedai di Kuching:
| Item | Kos |
| 450 dress @ RM 12 (kos kilang di 1688) | RM 5,400 |
| Freight laut (450 pcs ≈ 1 CBM @ RM 440) | RM 440 |
| Kos hantar dari gudang ke kedai (bergantung jarak/volume) | RM 50–150 |
| Total kos landed | ≈ RM 5,890–5,990 |
| Kos sebenar per piece | ≈ RM 13.10–13.30 |
Jika anda jual pada RM 39–45 (harga borong tempatan), margin kasar adalah RM 25–32 sekeping atau RM 11,000–14,000 untuk konsainmen 450 pcs. Modal permulaan sekitar RM 6,000 adalah cukup untuk mula serius.
4. Laut atau udara?
| Laut (Sea) | Udara (Air) |
| Kos | RM 440 / CBM | RM 22 / kg |
| Masa | 18–26 hari | 4–7 hari (biasa), 7–10 (sensitif) |
| Kos untuk 450 pcs dress | RM 440 (≈ RM 1 sekeping) | RM 4,400 (≈ RM 9.80 sekeping) |
| Sesuai untuk | Stok rutin, kuantiti besar | Test market, stok kecemasan |
Cadangan untuk pemula: Gunakan udara untuk test 30–50 keping pertama (cepat sampai, kurang risiko), kemudian bila sudah tahu design mana laku, gunakan laut untuk kuantiti besar.
5. Kastam dan dokumen
Bila anda gunakan khidmat konsolidasi seperti kami, anda tidak perlu urus kastam sendiri — rakan kongsi kami di Malaysia yang urus pengistiharan kastam. Poin yang perlu anda tahu:
- Standard kami ialah double clearance termasuk duti (tanpa dokumen kastam) RM 440/CBM.
- Jika anda perlukan invois kastam rasmi nilai penuh, duti dicaj mengikut kos sebenar; SST kategori tertentu kami beritahu secara bertulis sebelum anda bayar, bukan selepas.
- Dokumen dikeluarkan oleh rakan kongsi kami untuk rekod anda.
6. Cara bayar dengan selamat
- Kos barang: Bayar terus kepada platform (Taobao, 1688, JD) — wang anda tidak lalui kami.
- Freight + handling: Bank transfer atau e-wallet (MYR) sebelum kontainer ditutup. Dokumen dikeluarkan oleh rakan kongsi Malaysia kami.
- Jika barang yang anda bayar tidak sampai ke gudang kami, anda buka dispute di platform dan dapat balik kos dari pembekal.
7. Risiko yang perlu dielakkan
- Jangan beli barang berjenama tiruan — dilarang di semua saluran, boleh disita kastam.
- Jangan transfer terus ke bank pembekal — hilang perlindungan pembeli.
- Jangan lupa budget untuk freight — ramai pemula fokus pada kos barang sahaja dan terkejut bila kena bayar freight.
- Jangan order terlalu banyak design pertama kali — test 5–10 design dengan 30–50 keping setiap satu lebih selamat daripada 500 keping satu design.
8. Langkah seterusnya
Bila sudah bersedia mula:
- Pilih 5–10 design dari Taobao/1688 yang anda rasa sesuai dengan pasaran Sarawak.
- WhatsApp kami semua pautan produk bersama kuantiti — kami sahkan freight dalam MYR sebelum anda order.
- Order di platform dan pay platform secara langsung.
- Barang tiba di gudang China kami, kami gabungkan dalam kontainer mingguan dan hantar ke kedai anda di Sarawak dalam 18–26 hari.